LAZADA's Ads

Wednesday, December 12, 2001

Selamat Hari Raya Oi. Maaf Zahir dan Batin.
Aku nak masuk belajar dah oi (tahon depan) wish me luck.

Saturday, November 17, 2001

(Masih lagi ada msalah dgn password...) Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak... Kat kengkawan, walaupun peristiwa gathering dah lama berlalu, tapi aku perasan yg gambar� gathering tu dah diupload dan dan sedia utk ditatap di Forum > Cerita Kengkawan.com > Fragmentasi Gathering

Okay, minggu nih jugak salah satu website yg dok aku godek� dah diupload : Suria Pembekal Umum Sdn Bhd. Hmmm...terpeleot jugak buatnya dalam masa yang kelam kabut tu. Tapi alhamdulillah, aku memperoleh pengalaman dalam masa yang sama.

Ada juga projek yang aku dan Dino dok pikiaq. Masih lagi dalam sesi brainstorming... Belum boleh dedahkan. Hahahaha. InsyaAllah kami akan usahakan dan semua orang boleh lihat dan gunakan bagi mereka yang berkaitan. Wokey... Selamat berterawikh.

Hari nih my father`s birthday: Selamat ari jadi Abah.

Friday, November 02, 2001

ALAMAK... Forgot my password lah... dah tepon timenet services, tapi tak boleh jugak....

Sunday, October 28, 2001

Nyet nyet nyet...
MODEM aku dah sihat semula. Masa aku pungut modem aku, aku yang tak sihat. Sampai tersesat aku kat MidValleyMegamall tu ...tak patut betul. Punyalah mabuk aku masa tu (bukan mabuk sebab minum� aaa..).

Erm. Aku baru aje masuk kerja kat tempat baru. Sri Kembangan... Bangunan Sapura. Buat Flash punya produk lah gitu (itulah job description aku). Entah, rasa mcm pelik aje sebenanrnya. Tapi aku lebih suka, utk title graphic designer(animation and conceptual)... aa... baru lah tak pelik sangat. Yang penting tak lah terbatas kepada Flash ajer... tapi apa saja yang melibatkan concept dan animation aku boleh pegang dan sentuh.

Wokey. Aku cerita sikit pasal perkembangan minda aku pasal itu passive income. Dino, byk jugak share ideas dgn aku. Byk juga cerita� yang dapat membantu kewangan kita. Tak kisahlah apa pun oppurtunities, sama ada yang seida ada, atau pun kita setup sendiri. Networkiing marketing pun boleh jalan juga... begitu juga dengan business sendiri. E-commerce ke, jual nasi lemak kat seluruh hotel kat Malaysia ke. mcm itulah ideanya.

Aku dah dua tiga kali pergi business preview. Ada benda yang membuatkan aku tertarik hati utk ambil peluang. Bukan nak jadi FANAT (ini istilah dino intro kat aku), tapi aku suka kalau masa aku dah umur 30 tahun, aku dah ada passive income yang masuk dalam poket... Kalau jadi Money Blurrrrr pun lagi best. Hakakaka.

Hmmm.. bila aku melihat semula kepada website aku nih..Alahai sempoinya... sebab takde apa� melainkkan teks nih ajelah.. Kesian aku kan... Takpe aku sedang construct. Kejap lagi adalah sesuatu tu.. Sabar ajelah... Hahahaha!

Monday, October 08, 2001

hemehem. wanna see what have i done (graphic). klik here > Graphic01. Wahlah... kalau ada komen, email lah kat gua: nworld@time.net.my. Aku juga ada letak kat forum kengkawan.

Saturday, October 06, 2001

A`kum,
First of all, i like to share my feeling, i feel bad...coz i cannot hear any dial tone from my modem. uhuk uhuk..
Okaylah.. jadi dengan berbekalkan duit yang sedikit, (bekas tokey taknak bayar gaji-takpe :( nantilah dia), aku pun ke CC kat pekan...
Oh, aku baru perasan web aku nih takdak email aku.. ini dia nworld@time.net.my.

Wei korang dah pergi website dino? Yelah sebelum aku punya website ini dibangunkan dan ada rupa website, pergilah tengok dino`s. Dia kata ngan aku sebelum dia pi berfoya�, "oit. pergilah planet.time.net.my, aku punya website dalam colums editor`s review." Tahniahlah dino. Tapi setahu aku, dia punya website nih ada juga dah jadi review kat beberapa website lain.

hmmm... bila tgk hasil orang lain, aku pun terpikir, apa yang tak kena ngan aku nih... rasa mcm boleh je buat macam mana orang lain buat.. tapi hilang fokus lah bang.. camno nih. nantilah kalau ada hasil terbaru, gua tempeklah somewhere here.

Wokeylah rasanya... tak tahu lah gua punya modem mau siap.. baru hantar kat vendor pc aku tu semalam. mungkin 3-4 minggu juga.

Sunday, September 30, 2001

Ehem! ehem! ehem! Seronok pulak, menaip. Okay... berita terbaru; Kengkawan-dot-com versi terbaru yang menggunakan enjin php, yang dibangunkan dengan konsep dan design terbaru, yang ada beberapa pembaharuan supaya senang maintain dikemudian hari, dan lebih senang mata memandang, dan yang menyusul selepas Anugerah Radio Era2001 (hahaha, mata gua melekat kan TV kjap).

Hmm.. Begitulah adanya. Ini banyak dinolah punya kerja. Wokey harapnya, website ini lebih hebat dari Kengkawan-dot-com, atau tak pun lebih mencabar dino`s website.

Nyet nyet nyet.
Yehah! Kalau ada yang berjaya melihat message ini, maknanya aku dah berjaya guna sistem ini. Tq to Dino, introduced me to Blogger. Hmm... bersusah payah nak mengerjakan Kengkawan-dot-com versi baru. Nanti, kalau dah launch, gua hebahkan lah kat website gua yang belum juga siap-siap. (jeles gua kat dino).

Itu yang buat gua nak buat website gua dalam sehari dua nih, tapi mungkin tak siap lah... Gua kena planning, paling tidak pun, supaya gua dapat hasilakn web yang snang gua nak maintain.
Okay nak pi makan dulu... Dino nak bawak aku makan kat "Rokiah" katanya. Dia belanjalah kut. hehehehe